Connect with us

Global

Benarkan arak dan pawagam, Mohammed bin Salman dituduh ‘ejen’ Yahudi?

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MBS) dihujani dengan kritikan selepas membenarkan pengambilan minuman beralkohol dan panggung wayang di negara itu. Selain itu, dia juga dianggap sebagai orang yang berbangsa yahudi yang mahu menjatuhkan agama Islam.

Dakwaan keras ini dibuat oleh Presiden Persatuan Imam Seluruh India, Maulana Sajid Rashidi. “Saya tidak akan takut untuk mengatakan bahawa MBS boleh jadi anak kepada ibu bapa Yahudi. Orang Yahudi mempunyai misi untuk merosakkan Islam. Mereka bekerja untuk menyemai perpecahan sesama Islam dan menimbulkan perpecahan sesama kita. Jadi, saya tidak hairan jika MBS mempunyai keturunan Yahudi,” kata Rashidi.

Dakwaan itu timbul semasa interaksi Rashidi dengan wartawan Pakistan; Arzoo Kazmi, yang videonya telah dimuat naik di saluran YouTube. Semasa perbualan, yang menyentuh perbincangan mengenai Muslim di India dan Pakistan, Rashidi berkata bahawa Putera Mahkota Saudi cuba menjauhkan umat Islam daripada kepercayaan mereka.

Ketika disoal bagaimana dengan agenda reformasi yang dibawa oleh MBS dengan perpecahan terhadap Islam, Rashidi menyatakan bahawa membuka kedai arak, bar dan kasino tidak boleh dipanggil reformasi di bawah Islam. Tambahnya, membenarkan pengambilan arak dan judi adalah dilarang sama sekali oleh Islam dan dianggap haram.

“Saya tidak mahu ambil pusing tentang perkara ini. Apa yang disebut pembaharuan yang dibawa oleh Mohammed bin Salman adalah tidak sesuai dengan Islam. Dia harus mengambil sehelai daun dari kitab nenek moyangnya, bagaimana mereka menjaga maruah kerajaan dan menjaga kehormatan Islam,” katanya.

Sumber: The Vocket

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel