Connect with us

Global

Lupa tarik ‘hand brake’, tiga lelaki berdepan detik cemas kereta tenggelam dalam sungai

Tular di media sosial detik-detik tiga pemuda berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka tenggelam dalam sebuah sungai.

Menurut laporan Mitra Post, kejadian tersebut berlaku di daerah Tanjung Senai, Kabupaten Ogan Ilir, Sumatera Selatan, Indonesia pada Ahad lalu.

Mereka dipercayai terlupa untuk menarik brek tangan yang membuatkan kereta yang diparkir di tepi jalan itu bergerak sehingga masuk ke dalam sungai yang berdekatan.

Menerusi rakaman video berkenaan yang mulai tular sejak semalam memaparkan kereta MPV berwarna hitam tenggelam dalam masa beberapa saat sahaja.

Mujur ketiga-tiga lelaki yang berada di dalam kereta itu sempat keluar dan menyelamatkan diri.

Ketika kejadian, dua orang penduduk yang melihat kejadian itu juga dipercayai terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan mereka.

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku susulan daripada insiden terbabit.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel