Connect with us

Terkini

Parcel Terbaling Jauh Sampai Ke Atas Bumbung, Voice Note Abg Kurier Minta Maaf Pula Bikin Netizen Terhibur

Beli barangan secara dalam talian sudah pastinya menjadi kebiasaan terutamanya kepada penggemar online shopping

Bukan saja memudahkan, tetapi ia juga lebih murah dan lebih menjimatkan masa. Setiap barangan yang dibeli akan dihantar oleh abang kurier ke depan rumah.

Namun begitu, tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang abang kurier tidak sengaja mencampakkan parcel ke atas bumbung rumah telah mencuri tumpuan.

Disuruh lempar parcel, tetapi terbaling ke atas bumbung pula

Advertisement

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang abang kurier ingin menghantar parcel ke rumah pelanggannya.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila tuan rumah menggantungkan arahan di depan pagar. Tuan rumah pula menyarankan abang kurier untuk melemparkan parcel ke dalam rumah.

Tetapi apa yang lebih melucukan adalah apabila abang kurier tidak sengaja terbaling jauh sampai atas bumbung. Sebaik saja itu, dia terus meminta maaf dengan menghantar voice note kepada tuan rumah.

“Ni dah jadi atlet lontar peluru ni” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 35M tontonan, 2.8M tanda suka dan 31K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar voice note itu.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel