Connect with us

Global

Curi RM4.40 dan telefon nokia, badut berdepan hukuman penjara 9 tahun

Tindakan seorang penghibur jalanan berpakaian seperti badut di Bali, Indonesia yang didakwa mencuri wang sebanyak 15,000 rupiah (kira-kira RM4.40) daripada seorang penjual buah-buahan mengundang padah apabila dia bakal dikenakan hukuman penjara selama sembilan tahun.

Memetik laporan media tempatan, suspek yang berusia 25 tahun dikenali sebagai FS dikatakan terdesak mendapatkan wang bagi meninggalkan Pulau Bali sebelum pulang ke kampung halamannya yang terletak di Jawa Timur.

Difahamkan, lelaki ini bertindak sedemikian rupa berikutan pendapatannya yang terjejas dek pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Dia berasakan pendapatannya sebagai penghibur jalanan semakin merudum sejak pandemik Covid-19 melanda pulau pelancongan ini.”

Advertisement

Ujar Ketua Polis Jembrana, Dewa Gde Juliana suspek dipercayai terdesak mencari wang sehingga sanggup mencuri RM4.40 dan sebuah telefon bimbit jenama Nokia daripada seorang peniaga wanita yang menjual buah-buahan.

Difahamkan, ketika kejadian suspek dikatakan berpura-pura membeli buah sebelum bertindak memukul kepala mangsa menggunakan batu sebanyak dua kali.

Kini, suspek didakwa melakukan kesalahan di bawah Kanun Jenayah (KUHP) yang membawa hukuman maksimum penjara 9 tahun.

Sumber: Kumparan

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel