Connect with us

Terkini

Memo pengeluaran KWSP kepada PM menerusi Najib

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menyerahkan memorandum menuntut pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 secara sekali bayar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi Datuk Seri Najib Razak.

Penyerahan memorandum dilakukan di pekarangan pejabat Najib di Jalan Bukit Pantai, di sini, pagi tadi.

Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata tuntutan itu dibuat kerana masih ramai pencarum yang belum mendapat pekerjaan dan gaji yang stabil.

“Malah ada juga pencarum sudah mendapat pekerjaan tetapi kadar gaji ditawarkan dan diterima tidak seperti gaji sebelum pandemik COVID-19 sedangkan komitmen sedia ada berdasarkan pendapatan terdahulu.

Advertisement

“Ada juga pencarum yang mahu mengeluarkan simpanan KWSP kerana mahu melunaskan tunggakan hutang, pinjaman dan lain-lain,” katanya pada sidang media selepas penyerahan memorandum berkenaan.

Katanya, memorandum itu dihantar melalui Ahli Parlimen Pekan kerana bekas perdana menteri itu sering menggesa supaya pengeluaran dibenarkan.

“Setiap hari di Facebook Datuk Seri Najib, banyak komen-komen mengenai pengeluaran ‘one-off’ RM10,000.

“Pencarum juga berdepan kesan berganda akibat banjir di beberapa negeri pada hujung tahun lalu,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan meluluskan pengeluaran khas KWSP menerusi i-Sinar pada Mac lalu, dengan had pengeluaran antara RM10,000 hingga RM60,000 bagi mengurangkan impak pandemik.

Advertisement

Kerajaan kemudian mengumumkan pengeluaran khas kedua menerusi i-Citra bermula Ogos lalu, dengan had pengeluaran RM5,000.

Sementara itu wakil pencarum, Azmi Mohd Tahir berkata, rayuan itu dibuat kerana ramai pencarum terkesan akibat penularan COVID-19 dan langkah kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 2020.

Katanya, sehingga kini lebih 50,000 pencarum menandatangani petisyen menuntut pengeluaran terakhir RM10,000 dari KWSP secara sekali bayar yang diusaha beliau menerusi dalam talian.

“Tuntutan ini bukan sahaja kerana banjir, ia kerana PKP yang berlanjutan sehingga dua tahun dan ramai pekerja hilang kerja, dapat separuh gaji, tidak dibayar gaji dan banyak industri tutup dan gulung tikar.

“Kami berjaya dapat lebih 50,000 tandatangan pencarum secara dalam talian yang mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran terakhir RM10,000 KWSP,” katanya.

Advertisement

Beliau juga menegaskan desakan itu dibuat bukan kerana hasutan Najib, sebaliknya atas kehendak pencarum yang terkesan akibat COVID-19 dan pelaksanaan PKP.

-Berita Harian

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel