Connect with us

Politik

Polis Siasat Kes Pelanggaran S.O.P Di Sebuah Majlis Parti Politik

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, dalam sebuah majlis di Jalan Tun Ismail di sini pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan berkata pihaknya mengesan satu hantaran yang tular di laman sosial oleh pemilik akaun Twitter Meme@Knowledge9701 mengenai beberapa individu tidak memakai pelitup muka, pada majlis berkenaan.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 16 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Pemilik akaun Twitter tersebut mempersoal tindakan tetamu yang tidak memakai pelitup muka pada majlis membabitkan sebuah parti politik.

Sumber: Bernama

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel