Connect with us

Terkini

Serbu rumah usahawan, pihak berkuasa temui duit dan emas dalam tangki air

Jabatan Percukaian India dilaporkan telah melakukan serbuan di sebuah rumah milik usahawan minuman beralkohol di Damoh, India Jumaat lalu dan berjaya merampas wang tunai berjumlah RS 8 crore (RM4.6 juta) dan tiga kilogram (kg) emas.

Namun apa yang lebih menari adalah penemuan wang tunai yang berjumlah kira-kira RS1 crore (RM567,469) itu disembunyikan di dalam beg yang disimpan di tangki air bawah tanah.

Pesuruhjaya Jabatan Percukaian, Jabalpur, Munmun Sharma berkata sebanyak tiga kilogram emas berjaya dirampas hasil daripada risikan IT yang dijalankan.

“Serbuan fizikal telah berakhir dan siasatan akan diteruskan berdasarkan dokumen yang dirampas daripada keluarga suspek yang akan dilakukan di Bhopal.”

Advertisement

“Jabatan kini akan menyiasat dokumen yang dirampas dan hartanah yang tidak dinamakan. Jadi, kita perlu menunggu angka terakhir”, tambahnya.

Serbuan tersebut dilakukan kira-kira jam 6 pagi dan mengambil masa selama 39 jam.

“Selain minuman alkohol, mereka juga menjalankan perniagaan lain. Antaranya adalah pinjaman wang, bidang pengangkutan, hotel, bar dan stesen minyak”, kata Pesuruhjaya Jabatan Percukaian, Munmum Sharma lagi.

Video tersebut yang tular di media sosial memaparkan sejumlah wang yang sedang berselerak dan terdapat seorang pegawai yang sedang mengeringkan wang tersebut dengan seterika dan pengering rambut.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel