Connect with us

Terkini

SPRM tahan 25 individu kes dokumen palsu tender pembersihan RM60 juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 25 individu bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun palsu beberapa syarikat kepada sebuah syarikat pembersihan bagi memasuki tender bernilai lebih RM60 juta pada 2018 dan 2019.

Menurut sumber, setakat ini sebanyak 25 syarikat sedang disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan tersebut.

“SPRM kini masih mencari individu atau syarikat lain yang mungkin terlibat dalam kes itu.

“Ada antara pihak yang dicari itu sudah menukar alamat namun siasatan kini masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan di sink hari ini.

Advertisement

Sehingga kini, seramai 25 individu berusia antara 31 hingga 77 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut dengan 17 daripadanya masih berada di lokap kerana direman manakala lapan lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Tambah sumber itu, mereka ditahan reman dalam tempoh  berbeza  antara tiga hingga enam hari bermula semalam dan hari ini.

Jelasnya, kesemua yang ditahan terdiri daripada pengarah dan pemilik syarikat, pengurus, kontraktor serta individu bekerja sendiri.

“Pengemukaan penyata akaun bank beberapa syarikat yang memiliki butiran palsu itu dipercayai dibuat untuk melayakkan syarikat-syarikat berkenaan memasuki tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara,” jelasnya.

Sementara itu Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Advertisement

“Seramai 22 individu ditahan kelmarin manakala tiga yang lain ditahan semalam,” katanya.

Menurutnya, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber: Utusan Online

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel