Connect with us

Terkini

Tok Imam Mandikan Pencuri Tabung Masjid Seperti Jenazah

Gara-gara mencuri tabung di sebuah masjid, seorang remaja lelaki dipercayai terpaksa dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid.

Menerusi video berdurasi 1:25 saat yang viral di media sosial memaparkan remaja berkenaan sedang terbaring sambil dimandikan oleh seorang individu yang dipercayai merupakan imam masjid.

Boleh dilihat di dalam video, dia dipaksa untuk baring dalam ruang memandikan jenazah dan dikelilingi beberapa penduduk serta seorang lelaki lengkap berserban, dipercayai ‘Tok Imam’ masjid terbabit.

Situasi itu turut disaksikan oleh beberapa jemaah masjid yang lain. Tidak terhenti di situ, mereka seterusnya melumurkan kapur barus sambil muka remaja itu ditutup dengan sehelai kain.

Advertisement

Imam masjid kemudian mencurahkan air ke atasnya seperti memandikan jenazah meskipun pada ketika itu remaja berkenaan masih lengkap berpakaian.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku dan bilakah tarikh klip video itu dirakam.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada di antara mereka menyokong tindakan jemaah masjid berkenaan. Mereka berpendapat tindakan sedemikian boleh dijadikan pengajaran buat remaja terbabit.

Tidak kurang juga ada netizen yang mengecam tindakan tersebut dengan mendakwa jemaah masjid bertindak melulu dan mengambil tindakan sendiri tanpa mempedulikan undang-undang.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel