Connect with us

Terkini

(Video) Ibu berhati cekal, gigih bawa anak ketika bekerja jadi rider demi cari rezeki halal

Dalam dunia yang semakin mencabar dikala pandemik covid-19 yang masih belum berakhir, ramai yang masih ‘struggle’ demi meneruskan kelangsungan hidup dan memastikan sumber kewangan tidak terputus.

Seperti seorang ‘rider’ ini yang terpaksa berkorban dengan menggendong anak kecilnya ketika bekerja.

Menerusi satu perkongsian dilaman sosial Tiktok oleh Zanethnasha mengundang rasa sebak apabila melihat si ibu menggendong anaknya bersama-sama mencari rezeki tatkala panas dan hujan dengan menaiki motosikal.

“Ya Allah kau limpahkanlah rezeki yang melimpah ruah pada kakak tu dan anaknya.. Aminn… Marilah sama-sama kita cari dia dan bantu mana yang mampu.”

Menurutnya lagi, hatinya terus bersimpati apabila melihat kegigihan seorang wanita membawa anaknya ketika ‘bertugas’ dalam panas.

Advertisement

Difahamkan, anak wanita itu mengalami masalah penglihatan tetapi si ibu tetap kuat untuk mencari rezeki untuk anak kesayangan tanpa meminta-minta kepada orang lain.

“Dia tolak pemberian kami tapi kami paksa dia suruh ambil”

Dia juga sempat berpesan kepada orang ramai yang terjumpa wanita ini supaya sama-samalah kita menghulurkan bantuan untuk meringankan bebannya.

@malaysianupdatenews Cekalnya jiwa seorang ibu..🥺 #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet bersimpati namun dalam masa yang sama kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh wanita tersebut

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel