Connect with us

Terkini

Nak beli ubat untuk atuk sakit, remaja cuba curi tabung masjid mohon maaf

Tular di media sosial tentang kes seorang remaja yang berusia 19 tahun  dimandikan seperti ‘jenazah’ oleh jemaah masjid kerana mengaku bersalah cuba mencuri tabung masjid dan sorokkan ke bilik mandi jenazah.

Menerusi laporan dari Bernama, remaja berkenaan dikenakan penjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana mengaku bersalah cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah di masjid berkenaan di Kuang, Rawang dekat sini pada 11.58 malam, 8 Jan lepas.

“Mengaku salah,” kata remaja lelaki itu dalam keadaan bersahaja ketika ditanya jurubahasa mahkamah sama ada dia mengaku salah atau tidak.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Nik Mohd Fadli turut menegur tindakan tertuduh yang cuba mencuri tabung masjid kerana ia perbuatan yang salah.

Advertisement

Justeru itu, peguam yang mewakili anak muda ini, Azman Abdullah tampil memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan alasan kesalahan adalah kali pertama dilakukan dan anak guamnya juga sudah insaf.

Remaja berkenaan memberi alasan terpaksa bertindak sedemikian kerana memerlukan wang bagi membeli ubat untuk merawat penyakit kencing manis yang dihadapi oleh datuknya.

“Anak guam saya memohon maaf kepada mahkamah dan pihak masjid. Alasan dia (cuba mencuri) kerana dia perlukan duit untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis. Dia cuba meminta kepada orang tetapi mereka tidak boleh tolong.

“Anak guam saya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan ibu bapanya telah bercerai sejak dia berusia lapan tahun. Dia tinggal bersama datuknya berusia 70-an dan kehidupan mereka bukan senang. Makan dan minum juga daripada sedekah jiran-jiran,” kata Azman yang merupakan peguam pro bono (tanpa bayaran atau sukarela).

Menurut Azman, meskipun tertuduh salah, tindakan pihak-pihak mengambil video seperti yang tersebar menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana telah menyebabkan tekanan kepada tertuduh dan keluarga.

Advertisement

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian pengadu yang merupakan siak di masjid itu telah pergi ke masjid dan mendapati tabung masjid tiada. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki telah merosakkan tabung masjid sebelum mengheret dan menyembunyikan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah.

@malaysianupdatenews Reply to @kitajagakita07 Beri alasan untuk membeli ubat untuk datuknya. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki tular dalam media sosial apabila video berdurasi satu minit 25 saat memaparkan tindakan jemaah masjid memandikan lelaki itu seperti jenazah serta dia dilumurkan dengan kapur barus kerana cuba mencuri tabung masjid.

Sumber: Bernama

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel