Connect with us

Jenayah

‘Saya yang suruh buat laporan polis’

Datuk kepada remaja mencuri tabung masjid dan dimandikan ala jenazah mendedahkan bahawa beliau yang menyarankan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al Islahiah Kuang supaya membuat laporan polis ke atas cucunya itu.

Ketika ditemui MalaysiaGazette, Rosli Sidek, 65, berkata, ini kerana beliau ingin memberi pengajaran kepada cucunya, Daniel Iskandar Mohd Nasir, 19, supaya menjadi orang berguna pada masa depan.

Malah, katanya, beliau tidak ingin apa yang terjadi terhadap keluarganya gara-gara sikap negatif Daniel Iskandar sebelum ini akan menimpa orang lain.

“Daniel Iskandar merupakan remaja yang bermasalah dan saya tidak sanggup menjaganya kerana tindakan yang tidak boleh dikawal lagi dan agresif.

Advertisement

“Kemungkinan besar dan dikhuatiri dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih kerana sering melakukan tindakan luar dugaan.

“Contohnya dia pernah mencuri wang dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya, telefon bimbit saudaranya, pernah hendak ugut mencederakan arwah neneknya dan sering pulang lewat malam,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette di sini hari ini.

Rosli turut memohon kepada netizen di media sosial agar tidak menyalahkan AJK masjid yang membawa kes curi cucunya itu kepada pihak berkuasa.

Rosli menjelaskan bahawa pihak masjid mahu berbincang dengannya terlebih dahulu berkaitan dengan isu Daniel, namun beliau tetap mahu cucunya disiasat polis. Rosli juga memberitahu bahawa beliau tidak mengambil hati apabila video cucunya tular di media sosial.

“Saya tidak ambil hati pun malah bersyukur dia diberi pendidikan kerana mencuri.”

Advertisement

“Nasib baik hanya dijirus air biasa, kalau air panas macam mana?”

Datuk Daniel juga ada beberapa permintaan yang diharapkan dapat ditunaikan. Antaranya, jika Daniel dapat dibebaskan, beliau mahu cucunya, Daniel dimasukkan ke rumah perlindungan atau pusat kemahiran.

Beliau juga berharap agar polis dapat memberi jaminan agar dia tidak diganggu oleh menantunya, iaitu bapa kepada Daniel Iskandar.

Rosli juga menjelaskan bahawa beliau tidak pernah meminta Daniel beli ubat sehingga perlu mencuri. Bahkan menurutnya, beliau ada menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 sebulan.

“Pihak AJK masjid selalu bertanya khabar dan memberi barang keperluan asas seperti beras setiap bulan.”

Advertisement

Sumber: MalaysiaGazette

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel