Connect with us

Terkini

AJK Masjid dedah sebab mandikan remaja seperti jenazah

Beberapa hari ini heboh diperkatakan mengenai kes kecurian tabung masjid yang dilakukan oleh seorang remaja dikenali sebagai Daniel Iskandar.

Seorang remaja bernama Daniel sebelum ini berkata dia terpaksa mencuri untuk membeli ubat-ubatan buat datuknya yang menghidap kencing manis namun ternyata semuanya dusta belaka.

Namun kelmarin terbongkar rupa-rupanya, datuknya sendiri yang meminta ahli jawatan kuasa (AJK) Masjid Al Islahiah membuat laporan polis untuk memberi pengajaran kepada cucunya itu.

Menerusi Youtube Malaysia Gazette, AJK Masjid iaitu Mohamad Ayub Han Khalil pula mendedahkan tiga sebab mengapa remaja tersebut dijirus air ala-ala mandi jenazah.

Advertisement

“Sebenarnya remaja itu ditangkap di luar dan dibawa ke masjid (bilik jenazah) sebab tabung disimpan di bilik jenazah. Kita nak tanya dia, “betul ke ini yang kau curi?”. Dia jawab betul.”

Menurutnya, remaja itu dimandikan untuk memberi pengajaran dan langsung tiada unsur-unsur penderaan dilakukan. Jika diperiksa memang tiada kesan luka atau lebam di badan remaja itu.

Sebab kedua adalah untuk menyegarkannya yang sedang berada dalam keadaan khayal dadah.

Sebab ketiga adalah kerana pihaknya tidak mahu berlaku bencana yang lebih besar kepadanya. Ini kerana di perkarangan masjid terdapat lebih 40 ‘Kluang Crew’ yang menangkapnya sedang menunggu.

“Dah alang-alang dalam bilik jenazah, dengan niat untuk mendidik kita mandikan dia. Dia khayal lagi. Tujuan kita nak bagi segar, bagi pengajaran dan mengelakkan musibah lebih teruk.”

Advertisement

Selepas dimandikan, remaja itu meminta maaf dan mengakui menyesal. Remaja itu berjanji tidak akan buat lagi perbuatan tersebut.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel