Connect with us

Global

Tersilap identifikasi: Dua anggota komando israel maut ditembak oleh pasukan sendiri ketika rondaan

Dua pegawai daripada pasukan komando tentera Israel dilapor terkorban, selepas ditembak oleh anggota pasukan sendiri, lapor Times of Israel.

Menurut kenyataan rasmi, kedua-dua pegawai dari unit pasukan khusus Egoz ketika kejadian sedang menjalankan rondaan rutin waktu malam di kawasan sempadan dan terserempak dengan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan, tanpa menyedari ianya adalah seorang lagi anggota komando pasukan yang sama.

Kedua-duanya, Mej. Ofek Aharon, 28, dan Mej. Itamar Elharar, 26, yang lengkap bersenjata menghampiri pegawai berkenaan yang kemudiannya melepaskan tembakan ke arah mereka kerana menyangka dirinya sedang diserang. Akibat kejadian itu, Ofek dan Itamar yang mengalami kecederaan parah disahkan terkorban.

”Kedua-dua anggota komando itu maut ditembak dalam insiden ‘friendly fire’ kerana kesilapan dalam proses identifikasi,” kata kenyataan rasmi tentera.

Advertisement

Kemalangan tersebut berlaku ketika pasukan tentera itu mengetatkan kawalan sempadan selepas kem tentera Israel di kawasan tersebut telah dirompak yang menyaksikan beberapa kelengkapan tentera berteknologi tinggi dilarikan.

Bagi mengekang kejadian berkenaan berulang, pemerintah tentera Israel membenarkan anggotanya menggunakan kekerasan termasuk melepaskan tembakan ketika rondaan bagi menghentikan kejadian rompakan.

Bagaimanapun, tentera Israel menafikan polisi berkenaan menjadi punca kepada insiden maut tersebut dengan mendakwa anggota komando yang melepaskan tembakan itu tidak bertindak demikian kerana menyangka tersempak dengan kumpulan perompak, sebaliknya tembakan dilepaskan kerana berpendapat dirinya diserang penyerang bersenjata.

Sumber: Times of Israel

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel