Connect with us

Terkini

Ibu dan Ayah ucap syukur tak terhingga, abang viva viral akhirnya terima kunci Mitsubishi Triton

Sebelum ini, ‘Abang viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar teplah dihadiahkan sebuah motosikal jenis Yamaha XJ6S dari seorang individu misteri.

Terbaharu, beliau telah menerima satu lagi hadiah daripada seorang usahawan kosmetik, Wan Siti Aisyah Wan Hasan yang juga dikenali oleh warganet sebagai Sha Hasan.

Berita baik penerimaan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4), Mitsubishi Triton tersebut dikongsikan melalui satu hantaran di laman Instagram milik usahawan kosmetik tersebut.

Dalam masa yang sama, ‘Abang Viva’ turut membuat sesi Facebook Live petang semalam dengan kehadiran Sha Hasan dan suaminya sendiri untuk menyerahkan kenderaan 4X4 itu dirumahnya.

Advertisement

Semasa penyerahan kenderaan itu, turut kelihatan kedua ibu bapa Azwan, menangis kesyukuran kerana anak mereka dikejutkan dengan hadiah yang langsung tidak disangka.

Rata-rata orang ramai turut mengucapkan tahniah kepada Azwan dan serta mendoakan usahawan kosmetik itu diberi rezeki dari Allah kerana sikapnya itu.

“Siapa sangka, asbab hanya membantu mangsa-mangsa banjir untuk beberapa hari, orang ramai kenal ‘Abang Viva’ dan ada sahaja pihak untuk membantu dia.

“Semoga Sha Hasan dimurahkan rezeki, dan ‘Abang Viva’ diberi kesihatan yang baik untuk terus membantu orang yang memerlukan,” jelas Ardini Zahraa.

“Murah rezeki kalau orang baik dan suka tolong orang ini, dengan kereta Viva dia banyak mana dah orang dia tolong.

Advertisement

“Orang yang viralkan dia, bukan jenis yang ambil gambar sendiri post dalam Instagram tunjuk tolong orang, tahniah Abang Viva,” jelas Izwan Long Karim.

@malaysianupdatenews Rezeki abg viva.. kredit: sha hasan #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #banjir2021 #banjir2022 ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel