Connect with us

Global

Masa sakit terlantar isteri jaga, bila sihat kantoi pula tinggal serumah dengan skandal

Seorang wanita meluahkan perasaan yang terlalu kecewa, sedih dan marah dengan perbuatan bapa kandungnya sendiri.

Menerusi video yang tular di TikTok, Reni Wijaya telah berkongsi rakaman ketika dia menerjah sebuah rumah dan telah dihalau oleh satu pasangan.

Rupa-rupanya, menurut Reni itulah rumah tempat ayahnya bermadu asmara bersama skandal perempuannya itu. Pada mulanya, mereka disangka akan panik selepas ‘kantoi’ berhubungan sebaliknya Reni dimarahi, ditolak dengan kasar serta didesak untuk pergi dari situ.

Reni yang bersedih dengan apa yang berlaku turut menceritakan detik ketika ayahnya itu sakit pada tahun lalu.

Advertisement

Katanya, ketika perlu berulang-alik ke pusat perubatan kerana masalah Tuberculosis dan ketika terlantar tidak mampu menguruskan diri sendiri, skandal tersebut hilang entah ke mana.

Anak-anak dan isteri yang ada di sisi bersusah payah menjaganya siang dan malam. Namun, selepas sembuh ayahnya itu kembali membuat ‘perangai’ dan tergamak mengguris hati ibunya.

@malaysianupdatenews Masa sakit terlantar isteri jaga.. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Melihat reaksi netizen yang menonton rakaman tersebut turut sama berasa marah terhadap bapa Reni selain geram terhadap wanita simpanannya yang mengasari dan mengusir Reni.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel