Connect with us
MakesScents Perfume

Jenayah

Akibat ketagih main ‘Video Game’, remaja 13 tahun sanggup tikam ibu kandung 9 Kali hingga maut

Gara-gara permainan video, seorang remaja tergamak menikam ibu kandungnya sebanyak sembilan kali sehingga wanita itu maut.

Suspek kemudian melarikan diri sebelum berjaya diberkas oleh polis.

Memetik laporan KGUN, sebelum kejadian, berlakunya pertengkaran antara suspek yang dikenali dengan nama Isaiah Ainuu bersama mangsa, Mary Ainuu berhubung permainan video.

Dalam keadaan berang, suspek yang baru berusia 13 tahun itu pergi ke dapur dan mengambil sebilah pisau memotong daging.

Suspek yang berasal dari Amerika Syarikat kemudian menyerang ibu kandungnya, 60 tahun menggunakan pemberat senaman pada bahagian kepala sebelum bertindak menikamnya sebanyak sembilan kali.

Walaupun sudah ditikam berkali-kali, mangsa cuba menyelamatkan diri dengan meminta pertolongan salah seorang jirannya.

Menurut jiran mangsa, dia melihat mangsa berada dalam keadaan berlumuran darah di mana terdapat kesan kelar di lehernya.

MakesScents Perfume

Berikutan daripada itu, dia segera menghubungi ambulans tetapi malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Menurut petugas kesihatan, suspek telah melarikan diri namun berjaya diberkas oleh pihak polis.

Suspek kini ditahan di Pusat Tahanan Juvana Daerah Pima sebelum didakwa di mahkamah kerana membunuh.

Sumber: KGUN

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Continue Reading
Advertisement

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement MakesScents Perfume

Join our Telegram Channel