Connect with us

Jenayah

Belasah teman wanita tak beli rokok dan makanan

TUMPAT: Seorang wanita cedera dibelasah dengan dengan topi keledar oleh teman lelakinya selepas enggan membelikan makanan dan rokok, di sini semalam.

Mangsa, 38, turut disepak di peha kanan dan kiri serta dicakar pada muka termasuk luka pergelangan tangan akibat dibelasah lelaki terbabit.

Kejadian berlaku jam 2 petang semalam di Kampung Tanjung Che Lat di sini apabila mangsa diminta datang ke rumah suspek sebelum berlaku perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, suspek berusia 30 tahun dikatakan bercinta dengan mangsa sejak dua tahun lalu.

Advertisement

“Ketika mangsa berada di luar pagar rumah suspek, berlaku selisih faham antara mereka menyebabkan lelaki itu menyepak beberapa kali di bahagian peha kanan dan kiri teman wanitanya.

“Mangsa juga mendakwa dipukul dengan menggunakan topi keledar di lengan kiri sebelum diheret dan turut dicakar di bahagian muka serta pergelangan tangan kanan untuk membawa wanita itu masuk ke halaman hadapan rumahnya.

“Punca perselisihan faham berlaku adalah disebabkan mangsa enggan membeli makanan dan rokok seperti diminta suspek yang mengadu kelaparan,” katanya kepada BH, hari ini.

Mohd Azmir berkata, mangsa mendakwa teman lelakinya seorang panas baran serta penagih dadah.

Katanya, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Tumpat sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Tumpat jam 4.15 petang semalam.

Advertisement

“Polis sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

– BHonline

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel