Connect with us

Global

Buang air besar tepi jalan, wanita terima kecaman hebat

Tindakan tidak beradab seorang wanita yang membuang air besar di tepi jalan dan menutupnya dengan pelitup muka telah menerima kecaman orang ramai terutamanya penduduk setempat.

Menurut laporan Daily Star, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kawasan rumah penjagaan di Bridgewater, London.

Seorang penduduk, Nicky Johnson yang melalui kawasan itu sempat merakam aksi jijik wanita terbabit yang sedang membongkok dari luar tempat duduk penumpang sebuah kereta sambil berbual menggunakan telefon bimbit.

Wanita itu kemudian membuang air besar sebelum menutup najisnya itu menggunakan pelitup muka.

Advertisement
“Semasa kami berjalan ke arah kereta dia menarik seluarnya dan masuk semula ke dalam kereta dan apa yang saya nampak adalah ‘segunung’ tahi manusia. Dia kemudian menyembunyikan najisnya itu di bawah pelitup muka.”

Bercerita dengan lebih lanjut, Nicky memaklumkan dia terpaksa meneruskan perjalanan kerana mahu menjemput anaknya di sekolah sementara pada ketika itu dia melihat kenderaan yang dinaiki wanita terbabit bersama seorang lelaki telah beredar dari situ dan menuju ke Parkwood Avenue.

“Saya sejujurnya berasa malu dengan kejadian itu, ia adalah satu tindakan tidak siuman. Dia menyembunyikan wajahnya semasa saya mengambil gambar supaya dapat melihat rupa parasnya.”

Berikutan daripada itu, Nicky telah melaporkan kepada pihak polis dan dia dimaklumkan menghubungi North Lincolnshire Council untuk tujuan pembersihan.

Sementara itu, salah seorang penduduk di Bridgewater Road mendakwa dia melihat aksi tidak senonoh wanita terbabit ketika dia membawa anjingnya bersiar-siar di padang.

“Dia bersembunyi di belakang pintu kereta dan ketika melalui kawasan itu saya dapat menghidunya dan baunya sangat busuk.”

Advertisement

Sumber: Daily Star

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel