Thursday, September 11, 2025

Ditolak Lelaki Tidak Dikenali, Wanita Maut Digilis Tren Bawah Tanah

January 17, 2022
1 min read

Seorang menemui ajal selepas ditolak seorang lelaki tidak dikenali ketika sebuah tren bawah tanah tiba di stesen Times Square, New York, Amerika.

Dalam satu sidang akhbar, pesuruhjaya polis, Keechant Sewell memaklumkan, mangsa merupakan penduduk New York berusia 40 tahun berketurunan Asia yang sedang menunggu ketibaan tren sebelum dia ditolak lelaki berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu berlaku tanpa provokasi, dan mangsa tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan suspek.

“Seorang saksi memberitahu, suspek sebelum itu ada mendekatinya dan gerak hatinya merasakan lelaki itu akan menolaknya, dan dia berusaha menjauhinya.”

Tidak lama selepas itu, suspek, Simon Martial, 61 tahun  terus menolak mangsa ketika tren semakin menghampiri.

Menurut laporan, suspek pada mulanya melarikan diri sebelum menyerah diri tidak lama kemudian di balai polis. Suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan kini menjalani parol.

Wakil Kongres Daerah New York Ke-6, Grace Meng berkata kebencian terhadap bangsa Asia masih berleluasa di Amerika Syarikat, dan orang Asia masih dianggap sebagai pendatang asing walaupun mereka dilahirkan di sana.

“Terlalu kerap, bangsa Asia Amerika dilihat sebagai pendatang asing dan bukan penduduk Amerika, kami ingin pastikan yang kami berdiri sebagai satu bandar yang tidak menyokong diskrimasi.”

Jenayah benci terhadap orang Asia Amerika telah meletus di Amerika Syarikat selepas pandemik di mana orang Asia dituduh menjadi punca penyebaran wabak tersebut. Menurut laporan, lebih daripada 10,000 kejadian diskriminasi terhadap orang Asia dilaporkan diantara March 2020 hingga September 2021.

Sumber: BuzzFeed.News

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Protes Anti-Rasuah Nepal: Menteri Kewangan Dikejar & Ditendang Penunjuk Perasaan

KATHMANDU – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera dalam protes

Perdana Menteri Nepal KP Sharma Oli Letak Jawatan Selepas Protes Berdarah

KATHMANDU – Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli mengumumkan peletakan jawatan selepas