Connect with us

Mahkamah

Hukuman penjara diketepikan, remaja curi tabung Masjid diperintah khidmat sosial 120 jam

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini dilapor ketepikan hukuman penjara dan denda terhadap remaja yang didakwa cuba curi tabung masjid baru-baru ini.

Menerusi perkongsian ciapan di akaun Twitter rasmi Bernama, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini ketepi hukuman penjara selama 10 hari dan denda RM4,000 yang dikenakan terhadap remaja berkenaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam sebaliknya telah memutuskan perintah terhadap remaja itu untuk menjalani khidmat sosial selama 120 jam dalam tempoh 6 bulan.

Terdahulu tular dalam media sosial berkenaan seorang remaja dilapor cuba curi tabung masjid yang dikenakan hukuman penjara 10 hari dan denda sebanyak RM4,000.

Advertisement

Remaja tersebut mengaku bersalah kerana cuba curi tabung Masjid Al Islahiah dengan alasan memerlukan duit untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis.

Sumber: Bernama

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel