Suspek penggal kepala ibu, pernah dipenjara kerana peras ugut mangsa pada 2014

Seorang penganggur yang bertindak memenggal kepala ibunya sendiri di Kampung Baru Pasir Penambang pernah dipenjara kerana melakukan ugutan jenayah kepada wanita itu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, beliau percaya suspek berusia 28 tahun mengalami gejala ketagihan hingga sanggup mencederakan dan memenggal kepala ibunya sendiri.

Ramli Kasa berkata, siasatan pihaknya mendapati suspek berusia 28 tahun itu melakukan kesalahan berkenaan pada 2014 dengan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Namun, suspek yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik sudah menjalani hukuman atas kesalahan itu.

Advertisement

“Berhubung penglibatan suspek dalam penyalahgunaan dadah, kita percaya antara tiga hingga empat tahun,” katanya ketika ditemui selepas meninjau lokasi kejadian di sini hari ini.

Ramli menambah, pihaknya dalam proses merekodkan keterangan ahli keluarga termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan.

“Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Polis masih menjalankan siasatan menyeluruh termasuk punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Keseksaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kejadian disedari kakak kepada suspek berusia lingkungan 30-an yang menemui mangsa di rumah tersebut.

Advertisement

“Pada waktu itu, suspek turut melarikan diri dan kita berjaya menahannya di kawasan semak kira-kira 50 meter di belakang kediaman berkenaan.

“Namun, kita tidak menemui sebarang alat atau bahan berkaitan dadah di dua lokasi tersebut,” katanya.

@malaysianupdatenews Muka senyum, ketawa mcm tak bersalah..😔 #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #jenayah ♬ sholawat nariyah V2 – stay حلال 💜🥀

Sebelum ini media melaporkan seorang wanita maut dalam keadaan menyayat hati apabila dipenggal anak lelakinya sendiri di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang di sini, petang semalam.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

4 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

7 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

13 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago