Connect with us

Kemalangan

Wanita maut kepala digilis tayar lori milik PBT

TUMPAT: Seorang wanita maut digilis tayar belakang sebuah lori milik pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, selepas terjatuh apabila motosikal ditunggangnya bergesel dengan kenderaan terbabit.

Dalam kejadian di Kampung Kubang Labu dekat sini jam 8.40 pagi tadi, mangsa, Nurulsyahirah M Roni, 25, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri, berkata mangsa yang menunggang motosikal sendirian dalam perjalanan ke tempat kerja di Kota Bharu.

“Pada masa sama, sebuah lori PBT yang menghala ke bulatan Pasir Pekan untuk kerja menyiram pokok turut menggunakan laluan sama.

Advertisement

“Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa bergesel dengan bahagian belakang sebelah kiri lori dan terjatuh sebelum digilis tayar belakang kenderaan itu.

“Mangsa yang parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Wakaf Bharu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Azmir berkata, mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, waris mangsa, Mohd Haridan Ab Ghani, 52, ketika ditemui, berkata dia kebetulan melalui jalan itu pagi tadi sebelum ternampak kemalangan jalan raya itu tanpa mengetahui mangsa adalah sanak saudaranya.

“Sebaik ternampak kad pengenalan yang dipegang polis dan membacakan alamat yang tertera, saya meminta izin melihat maklumat dengan teliti sebelum mengesahkan mangsa adalah waris saya.

Advertisement

“Bagaimanapun mangsa sudah meninggal dunia dan dengan segera saya menghubungi ahli keluarganya memaklumkan khabar sedih itu,” katanya.

– BHonline

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel