Connect with us

Jenayah

Bapa tetap maafkan anak penggal kepala ibunya sebab tak dapat duit untuk beli dadah

Penganggur yang memenggal kepala ibu kandungnya pada Sabtu lalu di Kampung Baru Pasir Penambang, dikatakan berpunca dari suspek yang berang dengan mangsa enggan memberinya wang untuk memberi bekalan dadah.

Dalam sidang media Isnin, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatn awal mendapati, suspek pada mulanya meminta wang daripada mangsa. Bagaimanapun, permintaannya itu tidak diendahkan menyebabkan suspek berang.

“Suspek dipercayai berang kerana tidak dapat mendapatkan wang bagi membeli dadah menjadi antara punca suspek bertindak sedemikian (penggal kepala mangsa). Suspek juga dipercayai berada dalam (keadaan di bawah) pengaruh dadah,” katanya.

Sementara itu, suami mangsa yang enggan didedahkan nama berusia 61 tahun berkata, dia tetap memaafkan perbuatan anaknya itu walaupun dia berasa sedih dengan kehilangan isteri tercinta.

Advertisement

Mengakui terkejut dan terkesan dengan tragedi itu, dia berkata, “Apa pun dia tetap anak dan darah daging saya. Ini mungkin kesilapannya tetapi apa boleh buat? Semuanya sudah terjadi kepada keluarga kami.

Baca: Suspek penggal kepala ibu, pernah dipenjara kerana peras ugut mangsa pada 2014

“Saya hanya mampu berdoa agar anak saya berubah menjadi lebih baik, menjadi insan berguna dan menginsafi kesilapan yang dilakukan,” katanya yang menjelaskan ketika kejadian itu berlaku, dia keluar menjual udang di kampung lain.

@malaysianupdatenews Reply to @hakimsumbak99 angkara najis dadah.. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #jenayah ♬ original sound – IG:nik_isyrafff – ISYRAFF.S 02🧜🏻‍♂️

Sumber: Sinar Harian

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel