Connect with us

Jenayah

Penganggur penggal kepala ibu dipercayai minta wang untuk beli dadah

SHAH ALAM – Penganggur berusia 28 tahun yang disyaki memenggal kepala ibunya Sabtu lepas dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata ketika kejadian, hanya suspek dan ibunya yang berusia 56 tahun berada di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang dekat Kuala Selangor.

“Kita telah tahan reman selama tujuh hari dari 16 hingga 22 Jan dan (senjata) barang kes juga kita telah rampas.

“Kita percaya ketika kejadian itu, suspek hendak meminta duit daripada ibunya (untuk beli dadah) dan punca kejadian dipercayai berkaitan dengan pengaruh dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintenden Ramli Kasa berkata laporan awal ujian air kencing ke atas suspek di Hospital Tanjong Karang mendapati dia positif dadah jenis metamfetamina dan amfetamina.

Advertisement

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA

@malaysianupdatenews Reply to @nurulgowribee 🥺😭 #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #jenayah ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel