Connect with us

Terkini

‘Semangat Keluarga Malaysia’ – lelaki ini terima pujian bantu wanita lahirkan bayi dalam kereta walaupun sedang menyambut thaipusam

Tular di media sosial ketika ini kisah seorang wanita yang telah selamat melahirkan bayi perempuannya di dalam sebuah kereta.

Namun apa yang lebih menarik ialah ketika itu mereka berada tidak jauh dari Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves.

Difahamkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.24 pagi, pasangan itu tidak menyangka proses kelahiran tersebut akan dibantu oleh ‘hero-hero’ tidak didendang yang kebanyakannya merupakan individu awam yang sedang menyambut perayaan Thaipusam di kuil berkenaan.

Menerusi perkongsian oleh LK Savantharaja mengenai detik-detik cemas itu di laman Facebook miliknya, beliau bersama beberapa orang lain terdengar jeritan wanita tersebut sebelum tampil membantu.

Advertisement

“Tadi saya dan beberapa penganut lain yang datang ke Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves ternampak seorang wanita meminta tolong dari arah salah sebuah kereta di luar kuil. Terus kami berkejar ke sana.

“(Tiba-tiba) saya ternampak seorang wanita mahu melahirkan bayi di dalam keretanya. Serta-merta saya dan beberapa wanita lain tutup cermin pintu dengan kain (vesthi) yang diberikan oleh saudara kita yang berjalan ke kuil bersama Paal Kudam untuk memenuhi nazar mereka.

“Semasa bayi itu keluar (selamat dilahirkan), saya menyebut beberapa kali ‘Kakak, awak dan anak awak sangat dirahmati..’,” katanya di Facebook hari ini.

Savantharaja juga turut menzahirkan perasaan gembira dengan kelahiran bayi perempuan berkenaan.

“Saya sangat gembira sebab berjaya dapatkan pisau dan berikan kepadanya untuk memotong tali pusat bayi tersebut. Setiap orang yang datang menghulur bantuan turut mendoakan wanita dan bayinya itu.

Advertisement

“Ambulans tiba di situ tidak lama kemudian selepas bayi selamat dilahirkan. Sebelum mereka ke hospital, saya sempat berswafoto dengan ayah bayi berkenaan (untuk kenangan)..” tambahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen berasa kagum dan berbangga atas keharmonian dan kasih sayang yang ditonjolkan Savantharaja serta orang awam yang lain.

@malaysianupdatenews Terima kasih bang🙏🙏 #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #keluargamalaysia ♬ original sound – Malaysian Update

Sumber: FB LK Savantharaja

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel