Connect with us

Jenayah

‘Stress’ dibebel suruh cari kerja, lelaki tikam isteri 14 kali sehingga mati

Seorang lelaki dilaporkan telah membunuh isterinya lantaran tertekan setelah disuruh untuk mencari kerja.

Memetik laporan Tribun News, lelaki itu dipercayai membunuh isterinya di rumah tumpangan mereka di Jalan Baru, Desa Ngemplak Simongan, Kecamatan Semarang Barat, Jawa Tengah pada Sabtu lalu.

Tidak lama selepas kejadian itu, suspek berjaya ditahan oleh pihak polis.

Difahamkan, ketika berada di balai polis, suspek bertindak sambil lewa ketika disoal siasat oleh Ketua Polrestabes Kombes Pol Irwan Anwar.

Advertisement

Bagaimanapun, lelaki itu juga berkata dia menolak permintaan isterinya untuk mencari kerja kerana tidak sihat dan minta dirawat.

“Itulah yang menyinggung perasaannya sehingga dia sanggup membunuh isterinya,”kata Irwan.

Selain diminta mencari kerja, lelaki itu juga mengakui isterinya sering marah kerana dia menganggur dan tidak mahu mencari kerja.

Dia juga mengaku sakit kepala kerana pernah mengalami kemalangan jalan raya, menyebabkannya hilang tumpuan dan tidak bekerja.

Menurutnya lagi, ketika pergaduhan tercetus di antara mereka, dia meminta mangsa membunuhnya kerana penyakitnya tidak akan sembuh. Namun, isterinya yang kecewa sebaliknya meminta suspek membunuhnya.

Advertisement

“Ya, memang isteri saya minta dibunuh, akhirnya saya bunuh isteri saya dengan mengelar lehernya,” katanya.

Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati bahawa lelaki itu telah menikam mangsa sebanyak 14 kali.

Akibat daripada perbuatannya itu, suspek bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Sumber: Tribun News

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel