Connect with us

Terkini

Pemilik klinik swasta antara 4 ditahan terbabit kes kad palsu vaksinasi

KOTA BHARU: Polis menahan empat individu, termasuk seorang pemilik sebuah klinik swasta di daerah ini, bagi membantu siasatan kes disyaki membabitkan kad palsu vaksinasi COVID-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata empat laporan diterima Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK) antara Oktober 2021 hingga 11 Januari lalu daripada sumber berbeza berhubung kes itu.

Bertindak atas satu laporan diterima polis, beliau berkata, serbuan dilakukan bersama kakitangan JKNK terhadap klinik swasta itu, kira-kira jam 11.20 pagi Ahad lalu.

“Kami menahan seorang pemilik klinik yang berusia dalam lingkungan 60-an, dan tiga individu lain melalui tangkapan berasingan.

Advertisement

Turut dirampas adalah kad vaksinasi serta lain-lain dokumen berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Shafien berkata, klinik swasta terbabit dikata menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin COVID-19 dengan caj RM180 untuk setiap suntikan.

Beliau berkata, hasil semakan lanjut dijalankan JKNK, beberapa individu yang dikatakan menerima vaksin di klinik itu, didapati tiada rekod vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.

“Kesemua mereka yang ditahan itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang ada sebarang maklumat berkaitan, diminta tampil membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.

Advertisement

Sumber: BH Online

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel