Connect with us

Sukan

Ini sebab mengapa Lee Zii Jia akhirnya keluar BAM

Seluruh peminat sukan badminton tanah air dikejutkan dengan berita pengunduran Zii Jia daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Semua ini terjawab apabila disahkan sendiri oleh badan induk itu yang menerima surat peletakan jawatan Zii Jia.

Keputusan Zii Jia untuk keluar dari BAM sekaligus menjadikannya sebagai pemain profesional dari juara Seluruh England pada 11 Januari lalu.

“Selepas kita menerima surat itu memang kita ada berbincang dengan kakaknya untuk cuba pujuk memandangkan kita membina dan menjaga dia dari umur 13 tahun sampailah ke tahap ini.”

Advertisement

“Kita tak mahu kehilangan dia kerana tujuan kita (BAM) adalah untuk bawa ke peringkat lebih tinggi supaya dia menjadi Datuk Lee Chong Wei.”

“Seharusnya dia fokus untuk kekal di BAM namun dia katakan dia bukan Lee Chong Wei dan tak boleh tahan tekanan dan nak capai apa yang diinginkan dengan cara dia sendiri.” Kata Norza lagi.

Pihak BAM menghormati keputusan yang dilakukan pemain muda ini.

Bagaimanapun, keputusan akan diputuskan pada hari Jumaat ini selepas semua ahli jawatankuasa bermesyuarat.

Norza turut berpandangan keputusan Zii Jia untuk undur diri bukanlah bermasalah dari BAM kerana Datuk Lee Chong Wei juga telah bersama BAM seama 19 tahun sehingga menjadi lagenda.

Advertisement

Apapun mungkin Zii Jia ada sebab tersendiri dan sama-sama kita harapkan yang terbaik darinya.

Sumber: Harian Metro

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel