Connect with us

Kemalangan

Brek tidak berfungsi, empat maut dan 22 lagi cedera dirempuh lori kontena

JAKARTA, 21 Jan — Empat maut dan 22 cedera di Indonesia selepas sebuah lori kontena merempuh barisan kenderaan dan motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Polis Daerah Kalimantan Timur berkata, rempuhan berlaku di persimpangan Muara Rapak, Balikpapan, pada kira-kira pukul 6.15 pagi (Waktu Indonesia Tengah), hari ini.

Pemandunya seorang lelaki Balikpapan berusia 48 tahun membawa kontena yang sarat dengan cecair kapur untuk rawatan air apabila ia merempuh kenderaan dan motosikal di simpang itu.

Video menunjukkan dua kenderaan pacuan empat roda, dua kereta, dua van mini, enam kenderaan pelbagai guna dan 14 motosikal rosak teruk di tempat kejadian.

Advertisement

Pemandu lori itu mendakwa dia menukar pemanduannya ke gear rendah untuk memperlahankan kenderaannya apabila menghampiri kawasan itu dan cuba menekan brek, tetapi tidak berfungsi, kata kenyataan itu.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca nahas. – Bernama

@malaysianupdatenews Brek gagal berfungsi, lori kontena sarat dgn cecair kapur rempuh kenderaan dan motosikal. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – izuannuyasha – Wan_Mr.cloud

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel