Connect with us

Sukan

“Jangan lupa daratan, ingat sikit siapa tolong” – Rashid Sidek kecewa Lee Zii Jia keluar BAM

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keputusan pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia yang memutuskan untuk keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Peminat Zii Jia juga dilihat menyokong tindakan Zii Jia dan ada pula yang mendakwa BAM tidak telus dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, Datuk Rashid Sidek mempunyai pandangan yang berbeza dimana beliau tidak gemar dengan keputusan dilakukan Zii Jia kerana baginya BAM perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemain muda 23 tahun itu untuk mengelak jadi ikutan pemain lain.

Dalam pada itu, Rashid turut berkata BAM perlu mengenakan hukuman gantung kepada Zii Jia agar tidak boleh menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa bagi tempoh tertentu.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lee Zii Jia 李梓嘉 (@leeziijia)

Rashid turut meluahkan rasa kecewa dan memberikan peringatakan kepada juara All England 2020 agar tidak lupa daratan dan perlu ingat pencapaian yang dicapai sekarang bukan kerana dirinya sahaja tetapi apa yang telah dilaburkan BAM dari dia kecil hingga remaja.

“Bila sekarang sudah berada di atas, jangan pula cakap yang dia bagus sebab diri sendri. Dia kena ingat siapa rakan sepelatih dia, jurulatih dia, di mana dia tinggal.”

Advertisement

Tambahan lagi, beliau berkata Zii Jia yang baru mula kerjayanya tidak boleh dibandingkan dengan bekas jaguh perseorangan lelaki negara iaitu Datuk Lee Chong Wei yang mendapat keistimewaan dari BAM selepas meraih pemain nombor satu dunia untuk tempoh beberapa tahun.

Katanya lagi, jika benar pemain badminton muda itu mahu dilayani istimewa, dia perlu membuktikan kredibilitinya terlebih dahulu.

SUMBER : Berita Harian

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel