Rupanya tengah kejar kekasih curang, dua beranak cedera rempuh kereta selepas langgar lampu isyarat

PARIT BUNTAR: Dua beranak yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di lampu isyarat Jalan Sempadan di sini hingga rakaman videonya menjadi tular, dilaporkan selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Video berdurasi 12 saat itu mendakwa kejadian berlaku apabila motosikal terbabit meluru laju hingga mengabaikan lampu isyarat merah dipercayai untuk mengejar sebuah kenderaan lain yang dinaiki teman lelaki bersama seorang wanita.

Menerusi rakaman ‘dashcam’ kereta yang terbabit dalam kemalangan itu menunjukkan motosikal berkenaan melanggar bahagian tepi kereta hingga mengakibatkan penunggangnya jatuh di atas jalan manakala pembonceng tercampak ke atas bonet kereta.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 2.20 petang pada Ahad lalu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego ditunggangi seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama ibunya berusia 56 tahun.

Advertisement

Menurutnya, kemalangan itu berpunca daripada penunggang motosikal terbabit yang tidak mematuhi lampu isyarat merah menyebabkan pelanggaran berlaku dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang jurutera berusia 27 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta yang dipandu lelaki terbabit dari arah Parit Buntar hendak balik ke Bandar Bharu, Kedah.

“Setibanya di lokasi, lampu isyarat telah hijau dan mangsa meneruskan perjalanan sebelum motosikal dinaiki dua wanita itu yang datang dari arah sebelah kanan melanggar bahagian tepi dipercayai tidak mematuhi lampu isyarat merah,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

@malaysianupdatenews Kes langgar lampu merah. Lokasi: Parit Buntar. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #kemalangan ♬ original sound – Malaysian Update

Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan penunggang dan pembonceng mengalami luka di kaki dan badan, manakala kereta mengalami kerosakan di bahagian pintu, cermin hadapan serta lampu pecah.

Katanya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Rule 10 LN166/59.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago