Connect with us

Mahkamah

Zahid Hamidi diperintah membela diri atas 47 tuduhan

Bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Zahid.

Terdahulu, beliau tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.03 pagi ini untuk mendengar keputusan di akhir kes pendakwaan.

Memetik ciapan Bernama TV, petugas media tempatan dan antarabangsa mula memenuhi perkarangan lobi Mahkamah Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi untuk mengikuti perkembangan keputusan kes tersebut.

Advertisement

Selain penyokong Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Ahmad Maslan kelihatan turut hadir di mahkamah untuk memberi sokongan dan mengetahui mengenai keputusan kes.

Mengikut pertuduhan Ahmad Zahid, 68, didakwa atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel