Connect with us

Sukan

Didakwa pukul teman wanita sampai berdarah bibir, karier Greenwood bakal berakhir?

Kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa telah dipukul kekasih yang juga merupakan pemain muda kelab Manchester United, Mason Greenwood.

Tindakan Greenwood itu terbongkar apabila teman wanitanya Harriet Robson, memuat naik kisah pelakuan kejam pemain itu.

Mangsa yang dikenali sebagai Harriet Robson berkongsi gambar menunjukkan bibirnya yang berdarah di Instagram Story dengan dakwaan telah diperlakukan sebegitu oleh Greenwood.

“Untuk semua orang yang ingin tahu apa yang sebenarnya dilakukan Mason Greenwood lakukan pada saya,” kata Harriet dalam hantaran awal yang diikuti bukti kekerasan Greenwood.

Advertisement

Tidak cukup dengan itu, Robson turut berkongsi beberapa rakaman suara Greenwood yang bersikap kasar dan mengugutnya. Peminat sukan bola sepak ternyata terkejut dengan apa yang berlaku kepada pemain muda yang memiliki masa depan cerah bersama Manchester United.

United bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut tentang apa yang tersebar tetapi tidak akan menyokong dengan sebarang keganasan.

“Kami sedia maklum mengenai gambar-gambar dan dakwaan yang tular di media sosial. Kami tidak akan membuat sebarang ulasan sehingga mendapat kesahihan fakta.”

Advertisement

Greenwood belum memberikan penjelasan berhubung dakwaan kekerasan seksual yang dilakukannya kepada teman wanitanya itu.’

Terkini bintang bola sepak pasukan Manchester United, Mason Greenwood dilaporkan tidak akan bermain serta berlatih untuk Manchester United sehingga diberitahu kelak.

Perkara tersebut telah disahkan oleh seorang wartawan sukan bernama Fabrizio Romano melalui akaun Twitter rasminya dengan memetik kenyataan rasmi daripada kelab gergasi itu.

Menurut portal Manchester Evening News, penyerang itu telah didakwa menyerang seorang wanita. Video, foto serta rakaman audio berkenaan kejadian itu dilaporkan telah dikongsikan di akaun Instagram wanita tersebut namun sudah dipadamkan.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel