Connect with us

Global

Aksi ‘hero’ pemandu bas ini berjaya selamatkan perempuan yang hendak bunuh diri

Tular di media sosial aksi ‘hero’ seorang pemandu bas menyelamatkan wanita yang hendak membunuh diri dengan terjun dari ‘flyover’.

Menerusi video yang tular di beberapa akaun media sosial, kejadian dipercayai berlaku pada 25 januari yang lalu.

Difahamkan ketika kejadian, seorang wanita dilihat sedang berdiri di atas ‘flyover’ di wilayah Jembatan Dua, Jakarta Barat sebelum seorang pemandu bas Transjakarta yang terlihat wanita tersebut bertindak memberhentikan bas dan acuba menenangkan wanita itu.

Pemandu bas bernama Khaerun menjerit ke arah wanita yang tidak diketahui identitinya sebelum dia turun dari bas dan cuba untuk mendekatinya.

Advertisement

Kelihatan beberapa kali Khaerun cuba memujuk wanita itu namun gagal.

Dia kemudian cuba mengalihkan perhatian wanita itu dan akhirnya berjaya menariknya.

Kelihatan wanita itu terjatuh sebelum beberapa orang yang berada disitu dengan pantas  membantunya berdiri dan menjauhkannya dari bahagian tepi ‘flyover’ tersebut.

Wanita berusia sekitar 20 tahun itu kemudian dibawa ke dalam bas dan diserahkan ke balai polis di Jembatan Besi, Jakarta Barat.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel