Netizen puji Anuar Zain tak ambil peduli kontroversi

Baru-baru ini tular sebuah video dimana seorang jutawan komestik menggelar penyanyi bersuara merdu iaitu Anuar Zain sebagai gay.

Video tersebut bukan sahaja mengundang kemarahan ramai, malah kakak kepada penyanyi itu iaitu Zaina Zain yang turut meninggalkan komen pada video tersebut menyifatkan kenyataannya itu sangat biadap.

Susulan reaksi negatif daripada sesi ‘live’ tersebut, usahawan kosmetik tersebut dalam satu lagi sesi ‘live’ membuat penjelasan yang dia sebenarnya menyebut perkataan ‘okay’ dan bukannya ‘gay’, namun disalah tafsir oleh netizen.

Beliau bagaimana pun dilapor telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal, Anuar Zain dan keluarga termasuk seluruh rakyat Malaysia kerana mendakwa penyanyi itu ‘gay’.

Advertisement

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit 49 saat dimuat naik di Instagram itu berkata, dia memohon maaf di atas kekhilafan dan kekeliruan berlaku disebabkan tutur katanya yang mengguris hati banyak pihak.

“Saya mohon maaf atas kekhilafan, atas kekeliruan, atas mungkin perkataan saya yang mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar Zain, saya mohon maaf banyak- banyak.

“Saya tidak bermaksud, saya tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh ‘recall’ balik apa yang saya cakapkan itu kerana benda sudah lama. Jadi, baru sekarang ini muncul. Jadi, apapun saya minta maaf kerana saya tidak berniat langsung dan saya sangat-sangat meminati Anuar Zain,” katanya yang turut mengakui dia adalah peminat setia Anuar Zain.

Dalam masa sama, usahawan itu juga berharap dia dapat berjumpa ‘in person’ bersama Anuar bagi berkongsi hasrat besarnya termasuk projek besar juga untuk penyanyi terbabit.

Terkini, Anuar Zain menerima pujian daripada warganet apabila mengambil keputusan untuk tidak menjawab pertanyaan Melodi berhubung kontroversi tersebut. Penyanyi terkenal itu hanya fokus membicarakan soal kerjaya dan hanya sedikit hal peribadi.

Advertisement

Malah kontroversi yang melanda dirinya langsung tidak diambil peduli.

Bercakap soal jodoh, penyanyi lagu Sedetik Lebih ini menjelaskan, dia hanya mampu berdoa kerana soal jodoh itu adalah rahsia Allah S.W.T.

“Percaya atau tidak, saya masih lagi memikirkan soal jodoh. Saya percaya institusi perkahwinan kerana itu adalah sunnah dan seelok-eloknya buat kita.”

Meskipun banyak kedengaran berita mengenai penceraian suami isteri di media sosial, namun Anuar tidak takut untuk bergelar seorang suami.

Saya lebih suka melihat dari aspek positif seperti bagaimana pasangan menjaga kerukunan rumah tangga dan kekal bahagia. Momen itu pada saya sangat manis.

Advertisement

Cerita Anuar, dia pernah dilamar oleh peminatnya sendiri malah ibu bapanya juga ada berhasrat untuk menjodohkan dirinya dengan anak-anak kawan mereka.

Dalam pada itu, Anuar berkata dia lebih memikirkan karakter seseorang berbanding rupa dan ciri fizikal.

“Saya terima apa sahaja takdir Allah dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, saya akan terima. Tapi jika tiada jodoh di dunia, mungkin jodoh saya di alam sana.” ujarnya.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

55 mins ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

5 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

10 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago