Doktor hentikan rawatan suntikan bibir selepas gadis mengaku tak mampu bayar

Hasrat seorang pempengaruh terkenal TikTok untuk memiliki bibir yang ‘mungil’ terbantut selepas seorang doktor dilaporkan menghentikan rawatan tersebut selepas mengetahui dia tidak mempunyai wang kerana akaun banknya telah disekat.

Menurut laporan Daily Star, gadis dikenali sebagai Hareem Shah berasal dari Pakistan membuat rawatan bibir di United Kingdom (UK).

Difahamkan ketika suntikan tersebut dilakukan, gadis ini telah menerima panggilan telefon yang menjelaskan akaun bank miliknya telah disekat.

“Saya berada di UK sekarang. Hari ini saya pergi ke doktor untuk membuat bibir saya.”

Advertisement

“Doktor baru sahaja memasukkan ‘pengisi’ pada sebelah bibir apabila saya menerima panggilan dan mendapat tahu bahawa FIA telah membekukan akaun bank.”

Menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat bibirnya yang bengkak sebelah dan sebelah lagi berada pada keadaan yang normal.

Mengulas lebih lanjut, gadis ini turut menceritakan apa yang berlaku kepada 6.5 juta pengikutnya dan mendakwa prosedur rawatan tersebut dihentikan berikutan status akaun banknya.

Menerusi satu laporan yang lain, akaun bank gadis ini telah dibekukan oleh Agensi Siasatan Perseketuan (FIA) berikutan dikaitkan dengan pengubahan wang haram dan siasatan telah dijalankan bermula 12 Januari yang lalu.

Sebelum ini, dia dikatakan telah memuat naik video memaparkan wang yang banyak serta mempunyai 6.5 juta pengikut.

Advertisement
@malaysianupdatenews Doktor suntik bibir separuh jalan, selepas tahu dia tiada duit.. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #global ♬ suara asli –

Sumber: Daily Star

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago