Connect with us

Global

Suami bangga penggal kepala isteri yang didakwa curang

TEHERAN – Sebuah rakaman video memaparkan tindakan seorang lelaki tergamak menayangkan kepala isterinya yang dipenggal kerana didakwa berlaku curang telah menggemparkan Iran.

Agensi berita ISNA melaporkan mangsa, Mona Heidari, 17, dibunuh dengan kejam oleh suami dan iparnya ketika kejadian di bandar Ahvaz.

Baca: Penggal kepala isteri, lelaki tersenyum ‘bangga’ usung kepala di jalan

“Kedua-dua suspek tersebut telah berjaya diberkas pada Isnin,” jelas laporan itu lagi.

Advertisement

Susulan insiden mengerikan itu, Naib Presiden Hal Ehwal Wanita, Ensieh Khazali menggesa Parlimen untuk mengambil langkah segera selain pihak berkuasa meningkatkan kesedaran terhadap orang ramai sebagai usaha mengelakkan kejadian sedemikian.

Kebanyakan akhbar tempatan dan pengguna media sosial turut menzahirkan kemarahan terhadap insiden pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu sekali gus menuntut pembaharuan sosial dan undang-undang.

“Seorang individu telah dipenggal kepalanya dan suspek yang melakukannya berbangga dengan tindakan kejam itu. Bagaimana kita boleh menerima tragedi ini dalam masyarakat? Kita mesti bertindak supaya pembunuhan seperti ini tidak berlaku lagi,” menurut akhbar Sazandegi.

Media tempatan melaporkan mangsa berusia 12 tahun ketika berkahwin dan turut mempunyai anak lelaki berusia tiga tahun.

Advertisement

Difahamkan, pihak berkuasa bertindak menutup laman berita Rokna gara-gara ia menyiarkan rakaman video tular tersebut kerana didakwa ‘mengganggu psikologi masyarakat’.

@malaysianupdatenews Suami bangga penggal kepala isteri yang didakwa curang.🥺 #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #global #jenayah ♬ bunyi asal – nisa_queen🕊️ – kucingmenangis

Pada Mei 2020, seorang lelaki dihukum penjara sembilan tahun selepas bertindak memenggal kepala anak perempuannya berumur 14 tahun yang menjadi mangsa ‘pembunuhan kehormatan’ yang turut mengundang kecaman masyarakat.

Sumber: AFP/Sinar Harian

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel