Connect with us

Viral

Penggal kepala isteri, lelaki tersenyum ‘bangga’ usung kepala di jalan

Seorang lelaki yang memenggal kepala isterinya dirakam membawa kepala mangsa di jalan sambil tersenyum ‘bangga’ dalam kejadian ngeri yang berlaku di wilayah barat daya Khuzestan, Iran.

Menerusi video, suspek dilihat berjalan memegang pisau dan kepala mangsa selepas mendakwa melakukan “pembunuhan penuh hormat” itu bersama abangnya.

Memetik laporan The Daily Star, mangsa yang baru berusia 17 tahun merupakan ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Tentangan Iran (NCRI) berkata, mangsa dipaksa berkahwin dengan suspek iaitu sepupunya sendiri ketika dia baru berusia 12 tahun.

Advertisement

Gadis muda itu dipercayai telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Setiap kali dia menyebut mahu bercerai, keluarganya dilaporkan telah mendesak mangsa untuk ‘bertahan’ demi anak.

Media tempatan melaporkan bahawa adik-beradik itu telah membungkus mayat mangsa dengan selimut dan membuangnya di satu kawasan, manakala suaminya berjalan di sepanjang jalan dengan membawa kepala mangsa.

Ketua Pasukan Keselamatan Negara (SSF) berkata, motif pembunuhan itu adalah disebabkan oleh “perbezaan keluarga”.

Suspek dan abangnya dilaporkan telah ditahan selepas didakwa membunuh.

Advertisement

Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan apa hukuman yang bakal diterima oleh kedua-dua suspek.

Sumber: The Mirror

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel