Connect with us

Hiburan

“Saya dah rasa lega dah” – Balu Abam Bocey menang kes saman fitnah, Ali Puteh diperintah bayar RM60,000

Selepas hampir dua tahun, akhirnya balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

“Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya. Saya dah rasa lega dah,” kata Hidayah ringkas kepada media selepas selesai prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Memetik laporan mStar, keputusan tersebut dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan sebenar tadi.

Berikutan itu, Ali Puteh diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000

Advertisement

Peguam yang mewakili Nor Hidayah berkata, hakim telah menolak tuntutan dibuat keluarga Allahyarham Abam yang meninggal dunia pada 10 Februari 2020 dengan kos.

“Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami.

“Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yang dianiya,” katanya.

Hidayah sebelum ini telah memfail saman terhadap Ali Putih dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Terdahulu, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada Disember 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel