Connect with us

Kemalangan

Suami reda isteri & bayi baru ‘dilahirkan’ di lokasi kemalangan akhirnya pergi bersama ibunya

Sejak semalam tular dimedia sosial, seorang ibu melahirkan anak selepas terlibat kemalangan sebelum dia akhirnya meninggal dunia di lokasi yang sama.

Menurut laporan BH Online, Mohd Khairi Hasbullah, 31, tergamam melihat motosikal ditunggang isterinya, Nur Hasliza Yazaib 25, bertembung dengan motosikal lain dalam kejadian yang meragut dua nyawa di Kampung Lumpur, Pasir Mas jam 7 malam tadi.

“Dia meninggal betul-betul depan mata saya sebab motosikalnya cuma lima meter di belakang saya.”

Namun apa yang lebih menyayat hati, Mohd Khairi turut menyaksikan sendiri bayi lelaki sembilan bulan dalam kandungan isterinya ‘dilahirkan’ di lokasi kejadian.

Advertisement

“Saya berlari mendapatkan isteri yang tidak sedarkan diri sambil meriba bayi serta anak kedua kami berusia enam tahun yang membonceng motosikal ibunya.

“Kami menunggang dua motosikal beriringan. Isteri saya membawa seorang anak manakala dua orang lagi bersama saya untuk ke kedai runcit berhampiran.

“Motosikal yang ditunggang remaja lelaki itu terbabas dan memasuki laluan kami serta hampir berlanggar dengan saya, tapi saya sempat mengelak.

“Rupanya dia bertembung dengan motosikal isteri di belakang saya,” katanya ketika ditemui di perkarangan unit forensik Hospital Pasir Mas, di sini, malam ini.

Menurut laporan terkini, selepas lima jam bertarung nyawa, bayi lelaki yang terkeluar daripada kandungan ibunya dalam nahas kemalangan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Advertisement

“Saya reda isteri dan anak pergi.” Itu yang diucapkan oleh suami kepada mangsa kemalangan, Nur Hasliza Yazaib, 25, yang sarat mengandung sembilan bulan tetapi bayi ‘dilahirkan’ di lokasi kejadian sempat beberapa jam hidup sebelum meninggal dunia.

Mohd Khairi Hasbullah, 31, sempat mengazankan anak keempatnya itu sebelum bayi berkenaan dilaporkan meninggal dunia.

@malaysianupdatenews Suami reda isteri & bayi baru ‘dilahirkan’ di lokasi kemalangan akhirnya pergi bersama ibunya.😭 #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #NewsAtTikTok ♬ bunyi asal – _sarsa

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel