Connect with us

Kemalangan

Nyaris langgar budak Rohingya dekat Klang

Tular dimedia sosial sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak Rohingya nyaris dilanggar sebuah Perodua Ativa selepas ia berlari meluru ke arah kereta itu dalam satu kejadian di Taman Meru, Klang.

Menurut Utusan TV, berdasarkan laporan polis yang dibuat pemandu kereta, kejadian dilapor berlaku pada Ahad lalu kira-kira pukul 8.40 malam ketika pengadu dalam perjalanan pulang selepas selesai menghantar barang ke rumah kawan.

Ketika melalui Jalan Muda, Taman Meru, tiba-tiba isteri pengadu menjerit melihat seorang kanak-kanak meluru ke arah kenderaannya.

“Saya pun berhenti dengan segera,” tulis laporan itu.

Advertisement

Pengadu mendakwa ketika turun dari kenderaannya, dia telah dimarahi ibu kanak-kanak itu dan menjerit serta meminta wang.

Memetik laporan newswav.com, pengadu telah dikepung lebih 30 orang dan bertindak menyalahkan pemandu serta cubaan memeras wang.

Bagaimanapun perkara itu berjaya diselesaikan selepas Persatuan Penduduk Taman Meru (SRS) hadir ke lokasi kejadian.

@malaysianupdatenews Nyaris langgar budak Rohingya dekat Klang. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #NewsAtTikTok #malaysianupdate ♬ Epic Music(842228) – Pavel

Hasil pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel