Polis terima 2 laporan kejadian kekecohan yang tular disyaki akibat percintaan

IPOH — Polis menerima dua laporan mengenai dua kejadian kekecohan yang berlaku di pekarangan Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Buntong di sini yang kedua-duanya mempunyai kaitan, sehingga tular dalam media sosial hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kes pertama adalah mendatangkan kecederaan oleh seorang lelaki dengan menggunakan senjata tajam di satu kawasan di Buntong sehingga menyebabkan tiga individu mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di HRPB

“Punca kejadian disyaki perselisihan faham antara dua keluarga mengenai isu percintaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

Beliau berkata kes kedua diterima pada pukul 12.20 tengah malam semalam di HRPB melibatkan sekumpulan lelaki yang ingin menghantar mangsa yang cedera (dalam kes pertama) ke hospital dan berlaku perselisihan faham dengan pengawal keselamatan hospital kerana terlalu ramai ingin masuk ke kawasan zon kecemasan.

Advertisement

Mior Faridalathrash berkata pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan sampai ke tempat kejadian dan mengawal keadaan serta kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Menurutnya, polis sedang mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kedua-dua kes berkenaan.

Mior Faridalathrash berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan ASP Fadli Ahmad menerusi talian 019-2500019.

@malaysianupdatenews Polis terima 2 laporan kejadian kekecohan yang tular disyaki akibat percintaan. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Beberapa video dalam media sosial tular memaparkan pergaduhan oleh sekumpulan lelaki dengan pengawal keselamatan sehingga sebuah kereta dilihat merempuh pekarangan hospital tersebut.

Sumber: Bernama

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

 

 

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago