Connect with us

Sukan

“Jelek, gendut!” – Netizen bengang Aaron Chia kena ‘Body Shaming’ dengan Mak Cik Indonesia

Selepas hampir seminggu berlangsungnya Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Setia City Convention and Centre (SACC), Shah Alam akhirnya pasukan badminton lelaki Malaysia menang bergaya dengan menumpaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir semalam.

Menurut Kosmo Online, kemenangan bermakna itu bermula dengan langkah positif selepas pemain badminton perseorangan negara iaitu Lee Zii Jia berjaya menewaskan Chico Aura Dwi Wardoyo dengan keputusan 14-21, 21-12 dan 21-10.

Kemenangan itu diikuti pula dengan pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan juga Soo Wooi Yik serta Ng Tze Yong sekaligus menjadikan Malaysia menang besar pada kejohanan tersebut.

Walau bagaimanapun, sebelum kejayaan pasukan negara merangkul gelaran juara BATC 2022, kecoh di laman Twitter yang mana difahamkan salah seorang pemain beregu negara iaitu Aaron Chia telah menerima penghinaan ‘body shaming’ dari peminat-peminat Indonesia.

Advertisement

Ketika video tersebut dirakam, dipercayai pasukan negara baru saja tiba di SACC untuk memulakan perlawanan mereka semalam. Kedengaran dengan jelas dari dalam video itu, perkataan yang ditujukan kepada Aaron Chia.

“Iya, jelek tuh! Jelek… gendut!” kedengaran suara wanita dalam video

Perkongsian video tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi peminat badminton lebih-lebih lagi peminat negara. Ini kerana mereka menyifatkan perbuatan tersebut sangatlah tidak profesional walaupun ia hanya untuk mengganggu fokus pemain.

Malah, ada juga beberapa peminat Indonesia lain yang turut meluahkan rasa kecewanya terhadap kejadian yang berlaku. Mereka juga menyatakan bahawa cara yang terbaik adalah dengan bersaing secara sihat dan bukannya melemparkan kata-kata kurang sopan kepada pihak lawan.

Oleh itu, ramai peminat negara menggesa agar peminat dari negara seberang untuk segera memberikan permohonan maaf kepada Aaron Chia dan ada juga yang memuji sifat Aaron yang tidak terlampau mengambil kisah dan akhirnya berjaya membawa kemenangan kepada Malaysia.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel