Warga Kecamatan Seberang Ulu (SU) I, Palembang dikejutkan dengan berita seorang wanita yang hidup kembali selepas dikebumikan pada pukul 2 petang waktu tempatan di TPU Wakaf pada Ahad, 20 Februari yang lalu.
Selepas kira-kira 5 jam hidup semula, wanita itu meninggal dunia semula sekitar jam 11 malam. Wanita yang berusia 31 tahun merupakan penduduk Kampung Lorong Binjai 3-4, Daerah Seberang Ulu (SU) I, Palembang.
Hal ini diketahui oleh bapa mangsa, (50), yang mendakwa menerima bisikan atau mimpi bahawa arwah masih hidup selepas pertama kali dikebumikan.
“Pada mulanya anak saya meninggal dunia tanpa sakit. Malah, sebelum meninggal, anak saya ke bilik untuk tidur. Kerana tidak sedarkan diri, kami bawa ke hospital dan dia disahkan meninggal dunia, jadi semalam dia dikebumikan sekitar pukul 14.00 WIB,” kata bapanya pada Isnin, 21 Februari.
Berdasarkan mimpi itu, mereka sekeluarga dibantu penduduk setempat untuk menggali kubur arwah dan mendapati bahawa anaknya masih hidup.
Jelasnya lagi, sepanjang arwah masih hidup, isterinya tidak banyak berkata-kata. Hanya gerak badan dan senyuman yang terpancar dari wajahnya.
“Bagaimanapun, pada sebelah petang sekitar jam 23.00 WIB anak saya dilaporkan meninggal dunia semula. Tiada sepatah kata mahupun pesanan yang disampaikan oleh arwah sepanjang 5 jam hayatnya,” jelasnya.
Kini, jenazah wanita itu telah dikebumikan semula di TPU Wakaf, iaitu tempat pengebumian yang sama cuma liang lahad sahaja yang berbeza.
Sumber: SINDONEWS.com Terjemahan: SiakapKeli
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI