Connect with us

Sukan

Ibu maut depan anak dihempap barbel 180kg di gym

Seorang wanita maut ketika cuba untuk mengangkat barbel seberat 180 kilogram di sebuah gym di Mexico City, Mexico.

Menerusi satu rakaman video, seorang lelaki yang memakai baju hitam sedang melaraskan berat plat pemberat tersebut sebelum wanita berkenaan mengangkatnya.

Barbel tersebut bagaimanapun terjatuh menghempap lehernya ketika dia mencuba untuk mengangkat berat tersebut dan didakwa meninggal dunia serta-merta.

Seorang lelaki dan wanita yang melihat kejadian tersebut bergegas kearahnya untuk memberikan bantuan tetapi kedua-duanya tidak mampu untuk mengangkat barbel tersebut.

Advertisement

Kemudian, dua orang lagi pengungjung datang untuk memberikan bantuan dan berjaya mengangkat barbel tersebut namun wanitatersebut tidak berjaya diselamatkan.

Lebih memilukan, kejadian ngeri berkenaan turut disaksikan oleh anak mangsa yang berada bersamanya ketika kemalangan tersebut berlaku.

Anak mangsa akan diberika bantuan kaunseling menurut laporan tempatan berikutan kes berkenaan mungkin memberikan kesan mendalam kepada emosinya.

Sumber: Daily Star

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel