Connect with us

Global

Lelaki dakwa tewaskan raja jin sebelum masak & makan

Baru-baru ini, Indonesia digemparkan mengenai seorang lelaki yang mendakwa bahawa telah memasak dan memakan makhluk aneh yang digelarnya sebagai raja jin.

Menurut laporan portal Indo Zone, makhluk itu didakwa mempunyai sepasang mata dan gigi yang menyerupai manusia, dengan hidung yang mancung dan tidak berlubang.

Makhluk itu kemudian direbus oleh lelaki tersebut atas dapur batu dengan kayu api. Makhluk yang tekstur dan warnanya seakan-akan kerikil kaki lembu itu digaul dengan pelbagai rempah ratus.

“Ini rakan-rakan, ini dahi. Jadi jin ini mempunyai rambut yang halus, mata pun ada, seram.

Advertisement

“Bibir macam monyet dan giginya panjang, misai pun ada,” kata lelaki itu sambil menunjukkan rupa makhluk yang sedang dimasaknya itu.

Lelaki itu juga mendakwa bahawa dia berlawan dengan raja jin itu dan berjaya menang, sebelum membuat keputusan untuk memasaknya.

“Dahi ini menunjukkan jin ini garang. Anda boleh melihatnya dari atas matanya, ia mempunyai dua tanduk tetapi satu telah patah,” dakwa lelaki itu.

Tambahnya lagi, rasa makhluk itu sangat sedap dan berbau wangi.

Bagaimanapun, menerusi video penuh yang disebarkan, ‘makhluk’ itu disyaki kaki lembu yang telah diubah suai dengan meletakkan mata, gigi dan kaki ayam dan video itu dibuat hanya untuk tujuan hiburan sahaja.

Advertisement
@malaysianupdatenews Lelaki ini dakwa tewaskan raja jin sebelum masak & makan.😳 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #indonesia ♬ Main Titles – Charlie Clouser

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel