Connect with us

Hiburan

Isteri menangis lihat Lim Yoon Taek muncul semula secara hologram selepas 9 tahun meninggal

Kemunculan semula dalam bentuk hologram di acara ALIVE, mendiang Lim Yoon Taek Ulala Session membuatkan isterinya, Lee Hye Rim menangis.

Video dari episod pertama ALIVE yang menjadi tular di media sosial telah membuatkan ramai orang, malah mereka yang sebelum ini tidak mengenali Lim Yoon Taek turut menangis.

Lagu “Western Sky” oleh Lee Seung Cheol, hakim Superstar K musim 3, telah dinyanyikan bersama kumpulan Ulala Session dan juga hologram mendiang Lim Yoon Taek.

Muncul di tengah-tengah lagu, hologram Lim Yoon Taek di atas pentas telah membuatkan isterinya, Lee Hye Rim menitiskan air mata.

Advertisement

Lee Hye Rim kelihatan asyik merenung hologram wajah mendiang suaminya yang kelihatan begitu nyata dengan teknologi AI.

Perkara yang sama dapat dilihat dari reaksi ibu Lim Yoon Taek yang terkejut dan terus merenung anaknya.

Air mata mengalir di mata Lee Hye Rim sambil terus merenung hologram Lim Yoon Taek.

Lee Hye Rim telah berkahwin dengan Lim Yoon Taek pada 7 Ogos 2012. Mereka mempunyai seorang anak perempuan.

Selepas lagu itu, Park Seung Il, ahli Ulala Session kelihatan menangis sebak.

Advertisement

“Saya sangat berterima kasih kerana nampaknya Taek Yoon hyung meletakkan kami di pentas ini sekali lagi,” kata Park Seung Il.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel