NONTHABURI: Polis menemui luka besar pada paha pelakon TV mendiang Nida “Tangmo” Patcharaveerapong yang lemas di Sungai Chao Phraya minggu lalu.
Polis dilapor mengadakan sidang media di balai polis Muang Nonthaburi pada Selasa bagi memberi maklumat mengenai perkembangan siasatan mereka berhubung kematian Tangmo, 37, pada malam Khamis lalu.
Kol Pol Naphat Natthasumon dari Institut Perubatan Forensik di Hospital Besar Polis berkata bedah siasat mengesahkan Tangmo lemas kerana terdapat lumpur dalam paru-parunya.
Polis menemui luka besar di paha kanannya tetapi masih belum dapat mengesahkan sama ada ia berasal dari kipas bot. Terdapat juga calar kecil di kaki kirinya dan polis masih belum mengenal pasti puncanya, kata Kol Pol Naphat.
Dia juga berkata bahawa salah seorang individu didalam bot mengalami calar di lengan dan lebam di bahunya. Calar itu lebih besar daripada calar kuku dan lebam disebabkan oleh hentakan dengan objek keras.
Kedua-dua kesan itu bukan daripada pergaduhan dan disahkan lebih dari lima hingga tujuh hari.
Pol Mej Jen Chutima Chaimusik, komander Pusat Pengesanan Jenayah Saintifik 1, berkata pusat itu perlu mengambil masa dalam tiga hingga empat hari bagi mengetahui jika terdapat sebarang kesan air kencing di bahagian belakang bot laju dan pada pakaian mendiang Tangmo. Sebelum ini salah seorang rakan botnya berkata bahawa aktres itu terjatuh dari bot berkenaan.
Tiada narkotik ditemui di atas bot itu, kata Pol Mej Jen Chutima.
Pol Lt Jen Jiraphat Phumjit, pesuruhjaya Wilayah Polis Wilayah 1 yang meliputi Nonthaburi, berkata pegawai tidak dapat menjalankan pemeriksaan ke atas lima rakan bot laju Tangmo serta-merta kerana mereka perlu menunggu kebenaran mereka terlebih dahulu. Mereka dianggap sebagai saksi, bukan suspek, tambahnya.
Polis sedang menunggu keputusan ujian darah mereka dan ujian DNA juga akan dijalankan, katanya.
Tangmo dilaporkan terjatuh ke dalam sungai sekitar jam 10.40 malam Khamis. Mayatnya ditemui kira-kira jam 1 tengah hari pada Sabtu lalu.
Sumber: Bangkok Post
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI