Connect with us

Global

“Awak bawa kawan awak ke sini,” Semakin menarik, polis siasat suara lelaki garang seolah-olah panggil mangsa ke belakang bot

Kes kematian pelakon cantik Thailand, Tangmo Nida ini semakin ‘rancak’ menjadi perbualan ramai apabila muncul lagi klu atau petunjuk lain bagi membongkarkan rahsia sebalik kematian pelakon ini.

Menurut rekod yang diperoleh daripada anggota polis, satu rakaman suara terdengar suara garang yang seolah-olah memanggil mangsa untuk ke belakang bot.

Memetik daripada laporan Thethaiger, dalam satu rakaman video lain menunjukkan mangsa yang sedang minum berhampiran belakang bot, mendakwa secara tiba-tiba terdengar suara seakan menjerit meminta seseorang membawa mangsa ke bahagian belakang bot sebanyak dua kali.

“Bawa kawan awak ke sini! Bawa kawan awak ke sini!

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, salah seorang nelayan di kawasan tersebut mendakwa telah melihat bot tersebut dipandu laju dan membelok tajam di kawasan tengah sungai berkenaan.

Hasil daripada itu, pihak polis turut mengambil kira dan akan menyiasat dengan lebih lanjut. Justeru itu, beberapa pihak termasuk bekas penyiasat tersohot Thailand turut tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan oleh saksi tempat kejadian.

Bagaimanapun masih belum dapat diketahui berkenaan keadaan sebenar mangsa ketika berada di atas bot tersebut yang menyebabkan Nida Tangmo terjatuh ke dalam sungai.

@malaysianupdatenews Semakin menarik, polis siasat suara lelaki garang seolah-olah panggil mangsa ke belakang bot. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – Malaysian Update

Sumber: Thethaiger

Terjemahan: SiakapKeli
Tiktok: eveapissaya

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel